23 April, 2006

jumaat..20.04.2006

lepas solat subuh..baca yassin skjap sdkah buat gemullah ayah aku..semoga damai disana.
aku sambung tidur...bgn pukul 8.30pg..mandi g beli sarapan rm4.10..nasi 2 bngks dan kuih pulut panggang...

relax relax jer kat umah sesambil layan astro..konsert af3....
g pasir mas ksjap sue suroh beli ikan dan sayuran utk dibawa pulang ke kg nanti..sayur rm3.00
ikan dan sotong rm5.00..buoh pauh rm6.00 3 kg..masa nak balik..ada seekor burung telah hampir terlanggar motor aku..dan burung tu jd panik,,dan tak boleh terbang..mungkin kenalin kata orghe kelate...aku pun ambik letak dalm raga motor..maka bertandanglah burung itu dirumah aku...

oleh kerana takdok saghe..aku tudung dengan bakul sampah jer....kreatif kan
kalu tak silap..nama burung ni klate panggil sindik jambul...aku letak pisang sbg makannya...
solat jumaat....berkemas nak balik kg...sampai tanah merah...makan mee mat jin...mee dio nih sejak zaman aku skoloh lagi..aku jd pelanggan setia...antara kedai mee yg paling sedap di kelantan..sohor sohor..aku makan mee rebus..sue mee goreng dan air mirinda merah...rm6.30

singgah isi minyak rm30.00...
sampai kg 5.00ptg..solat asar...pastu aku ngan lias g nak main bola kat kg gobek..tapi hampa hari ni taada orang..masa lalu kot kg gobek tadi..ada ternampak ramai orang..bendera pas dan poster poster pas bergantungan dan bertampalan pd tiang tiang lampu..ropa ropanya mlm ni ada ceramah pas..omak ai..hassan ali pun ada sama ngan nasharudin nasution kalau tak silap lah..so balik jerlah...kechewa..

malamnya..oleh kerana taade aktiviti..aku telah menyelinap masuk dalam pusu pusuan orang datang bertandang mendengar ceramah malam ni..aku tak sempat dok lama sbb sue nak balik tengok citer..mek salmah dari scotland tv2..aku snap gambor 3 kpg..dan pulang..hampir seribu jugak orang yg hadir...sesak jugaklah padang mini kg tu..isu yg diketengah kan rasa rasa nya ttg rancangan malaysia 9....
aah tengok pakcik nih..siap bawak baby lagi

ceramah bermulalah...kelihatan duduk dihujung sana dato'hassan ali..baju biru kopiah putih

apa yg best sangat cite mek salmah tu adalah...kisah seorang mek klate namanya salmah(cathriona bahrain rose) menyamar dari scotland..mentang mentanglah rupanya ala ala kacukan maka dia bercakap slang kematsalihan lah...dalam dia dok nyamar jd minah mat salleh...dia telah terkantoi dengan rakaman yang telah dibuat oleh watak norseha..yg selalu mengadu budunya sering dicuri makan oleh seseorang dalam rumah sewa meraka...maka dengan rakaman tersebut maka tertangkaplah...si salmah ghopa2nya yang sering tibai budu dia...maka teramat malulah sisalmah..ekoran tontonan vcd hujung minggu yang ditayangkan oleh norseha pada khalayak rumah sewa dan teman lelaki sisalmah..dipendekkan cerita..sisalmah telah mengaku yg dia bukan dari scotland cuma ayah nya sahaja dari sana dan mak dia asal klantan dan dibesarkan di kelantan...cuma cita ni ada kerosakan yg telah menggangu jalan cerita dan mood penonton..kechewa kami penonton..ingatkan tv rosak ke apa....entah lah rtm..

12.00tghmlm zzzzz

0 Comments:

Post a Comment

<< Home